Blogger Backgrounds

Ali Affan

Ali Affan

Monday, January 9, 2012

Pandai meniarap



Saya sudah tumbuh gigi. Saya sudah pandai gigit. Saya sudah pandai meniarap dan mengesot. Haha... banyak bukan yang saya pandai. Sekarang selain makan nestum mama suap saya biskut. Hm... Sedap. Tapi hari ini saya selesema. Berjangkit dengan Mia yang sama-sama tinggal di rumah nenek agaknya. Hari ini saya 8 bulan 4 hari. Sebenarnya saya sudah pandai meniarap masa saya umur 6 bulan lebih. Cuma saya tak sempat masukkan dalam blog.

Ini gambar saya yang sudah pandai meniarap.

Saturday, November 26, 2011

Saya ada walker



Saya ada walker. Mama marah betul semalam. Nenek jumpa walker dan letak saya dalam walker yang dia jumpa. Kasihan mama. Mama balik kerja terus-terus nenek cakap. Hari Ahad, mama terus beli walker di mothercare. Biasalah. Mana lagi tempat mama beli barang saya dan abang. Mothercare dan toys ur us sajalah. Sebenarnya kalau ikut mama dan papa, diorg tak nak letak saya dalam walker. Orang kata walker tak elok. Tapi mama takut nenek letak saya dalam walker yang dia jumpa itu. Jadi inilah dia. Saya dan walker.

Tuesday, October 11, 2011

Makan!

Hari ini hari pertama makanan selain daripada susu dan ubat masuk ke mulut saya. Saya makan NESTUM! Mama kata, saya makan lebih awal dari abang Afif. Abang makan apabila umur abang 6 bulan. Saya baru 5 bulan 5 hari. Mama kata, saya suka makan tangan. Sebab itu mama cuba beri saya makan. Sikit sahaja. Beberapa suap sahaja, selebihnya abang yang habiskan.
Hm... sedap....

Monday, October 10, 2011

Hospital lagi

Hari ini saya, mama dan papa pergi hospital lagi. Ini kali keberapa ya? Saya pun tak ingat. Kami pergi pagi-pagi. Pukul 8 sudah keluar. Dengan harapan dapat settle awal. Hendak dijadikan cerita, dalam perjalanan ke hospital mama tengok buku appointment, mama baru perasan yang mama termiss date minggu lepas. 6/10/11. Sepatutnya tarikh tu saya kena ambil darah. Tetapi mama tak perasan. Mama tengok date 10/10/11. Tarikh tu sepatutnya saya sudah ambil result. Disebabkan keterlupaan mama itu saya sudah terselamat. Terima kasih mama! Mahu tahu mengapa?
Begini ceritanya...
Sebaik sampai di hospital, mama terus beritahu nurse yang mama terlepas tarikh ambil darah. Nurse kata, ok, kita ambil darah dulu lepas tu mama kena tunggu dalam sejam. So ok lah, kami pun tunggu. Tapi tunggu punya tunggu, nama saya tak dipanggil juga untuk ambil darah, sampailah giliran jumpa doktor. Doktor cerita panjang lebar. Doktor kata, tak perlu ambil darah dulu. Saya kecil lagi. Tunggu saya 9 bulan nanti baru ambil darah. Mama dan papa pun kena ambil darah. Hb saya rendah. Apa itu hb? Kepekatan darah. Itu penerangan mudah. Doktor mahu tahu sama ada saya ada thalesemia ataupun tidak. Ikut sejarah, atuk mak ada. Harap-harap mama tidak ada. Jadi saya pun tidak ada. Tapi kena tunggu saya 9 bulan. Jadi saya tidak perlu kena cucuk hari ni. Hore! Lepas jumpa doktor kami pun.... baliklah.

Terima kasih mama!

Monday, September 19, 2011

Saya selsema

Sudah lima hari saya selsema. Setiap kali mama korek hidung saya bersin. Sepupu saya Sufia pun selsema. Mama belum bawa saya pergi klinik. Mama nak tengok saya self recover dulu. Kalau makin teruk, baru mama bawa. Hari ni pun saya dah elok sedikit.

Monday, August 8, 2011

Injection ketiga

Minggu ni kami balik kampung lagi.
Jumpa Sufia lagi. Hahah... mokteh kata, Sufia dah kurang menangis sekarang. Tengok, hebat tak saya turunkan ilmu. Kami sampai Muar petang Jumaat. banyak jugalah ilmu yang turunkan kepada Sufia. Hahaha...
Hari ketiga di rumah atok mak, sepupu saya yang seorang lagi datang. Adif. Dia anak Pak tam. Dia sama bulan dengan saya cuma berbeza tarikh. Jadi, saya ada 2 sepupu yang sebaya.
Hari Ahad 07/08 hari lahir abang Afif. Selamat hari lahir Abang Afif. Mereka makan kek sedap-sedap. Saya makan juga. Makan dari mama. Hehe...
Abang Afif ikut atok ayah pergi kebun dengan papa dan mokteh. Tunggu. Nanti apabila saya sudah besar, saya pun mahu ikut mereka ke kebun.

Kami balik KL hari Isnin. Sampai di KL terus singgah di klinik Alam Damai. Semalam masa abang 3 tahun, saya 3 bulan. Jadi saya kena inject lagi. Hwa! Saya menangis kuat-kuat. Berat saya sekarang sudah hampir 6kg. Saya budak sihat kata mama.


Friday, July 29, 2011

Balik kampung

Minggu ini kami balik kampung. Hore!
Saya jumpa sepupu saya Sufia. Dia anak mokteh. Mokteh minta saya turunkan ilmu pada Sufia sebab dia asyik menangis saja. Haha... Kesian mokteh. Masa malam saya sampai tu saya sudah penat sangat. Mama bedung saya, saya nangis sikit lepas tu... zzz.... Tapi Sufia tak tidur-tidur lagi. Dia asyik nangislah.
Sampai atok mak, mokteh dan mama saya bergilir pegang Sufia. Tak apa nanti saya turunkan ilmu supaya lebih cool kepada Sufia.