Minggu ini kami balik kampung. Hore!
Saya jumpa sepupu saya Sufia. Dia anak mokteh. Mokteh minta saya turunkan ilmu pada Sufia sebab dia asyik menangis saja. Haha... Kesian mokteh. Masa malam saya sampai tu saya sudah penat sangat. Mama bedung saya, saya nangis sikit lepas tu... zzz.... Tapi Sufia tak tidur-tidur lagi. Dia asyik nangislah.
Sampai atok mak, mokteh dan mama saya bergilir pegang Sufia. Tak apa nanti saya turunkan ilmu supaya lebih cool kepada Sufia.
Friday, July 29, 2011
Monday, July 18, 2011
3 Hari tak berak
Okey... family saya memang terkenal dengan sistem perkumuhan yang baik. Papa, mama, abang, semua akan berkumuh setiap hari. Sebelum ini saya pun berkumuh setiap hari. Tapi sejak hari Selasa lepas, saya tak berak dua hari. Hari Khamis malam baru saya berak. Masa tu papa dah keluar pergi beli Gripe Water. Kesian papa, kena keluar malam2. Masa papa dah keluar, saya pun sudah berak. Banyak okey! Lepas tu Jumaat, Sabtu dan Ahad saya tak berak. Hinggalah hari ini. Mama tanya nenek, saya berak ataupun tidak. Nenek kata hari ini saya berak banyak. Mama tersenyum lega.
Malam tadi, saya berak lagi. Papa punyalah bersorak. Yalah, tiga tak berak tentulah mereka risau. Lepas berak perut saya lega saya pun zzzzz.....

Tuesday, July 12, 2011
Injection kedua
Saya sudah dua bulan lima hari. Sepatutnya saya sudah disuntik masa dua bulan hari tu. Tapi sebab mama baru naik kerja, so mama malas nak cuti. Jadi hari ni saya disuntik. Mama dan papa bawa saya ke klinik tempat abang dilahirkan. Klinik Alam Damai. Kami keluar pagi, dengan harapan orang di klinik tak ramai. Jangakaan mama meleset. Punyalah ramai orang. Sejam lebih kami tunggu. Saya tidur sajalah. Abang yang merengek. Maklumlah kena bangun pagi-pagi. Lagipun hari ni. Nenek tak ada, bawa kak long ke hospital. Terpaksalah papa dan mama bawa abang sekali.
Lepas pergi klinik, mama dan papa terus pergi beli rojak ayam dan nasi ayam. Lepas tu kami terus balik. Tak banyak perkara yang berlaku.
Oh ya, berat saya sekarang 5.4 kg.
Hm... sihat bukan?

Tuesday, July 5, 2011
Hari Pertama
Okey, ini hari pertama saya dan mama akan berpisah. Berpisah? Bukanlah berpisah terus. Hari ni mama sudah mula kerja. Jadi tak mungkinlah mama hendak bawa saya ke office mama, kan? Jadi mama tinggalkan saya di rumah nenek. Nenek tinggal di hadapan rumah saja. Dekat sangat. Jalan tak sampai sepuluh langkah pun dah sampai. Abang pun tinggal rumah nenek juga. Tapi kadang-kadang saja. Sebab abang banyak tinggal dengan papa.
Hari ni juga hari pertama saya minum susu formula. Saya mana tahu apa-apa masa mama tinggalkan. Saya tidur saja. Petang mama balik awal, jadi saya dapat balik awal. Rindu mama, papa dan abang...

Monday, July 4, 2011
1 bulan 28 hari
Muhammad Ali Affan bin Mohd. Yusrizal. Itu nama saya. Nama mama saya Rafiza Ab. Rahman. Nama Abang saya Muhammad Umar Afif. Saya lahir di Hospital Ampang. Disambut oleh doktor yang sama yang sambut abang saya, Dr. Jamil. Cuma tempat lahir kami berbeza. Abang saya di KL. Saya di Selangor.
Saya lahir awal kira-kira dua minggu. Masa kandungan mama 37 w +-5 d. Kenapa? Sebab Dr. Jamil nasihatkan mama lahirkan saya awal. Berat saya semasa lahir, 3.1 kg. Saya lahir pada 6/5 bersamaan hari Jumaat pukul 9.19 pagi. Saya keluar hospital hari Ahad. Sama macam abang dulu, kami terus balik rumah atok mak.
Hari kelima saya tengok dunia ini, baru mama bawa saya ke klinik kesihatan. Alamak! Nurse kata saya kena jaundice. Bacaan agak tinggi 18 bilirubin = 306. Nurse terus buat surat refer ke Hospital Muar. Bermulalah kisah saya di hospital. Saya kena tahan di NICU. Mama teman saya. Kasihan abang. Abang meraung masa saya dan mama nak masuk wad. Tapi nak buat macam mana, saya sakit. Mama kata, badan saya jelas nampak kuning. Papa dan mama saja yang boleh masuk wad tu. Jadi papa tak balik KL lagi. Papa duduk rumah atok mak dulu. Abang menangis masa hari pertama. (kata papa)
Esoknya bacaan saya turun. 272. Masih belum boleh keluar hospital lagi. Nurse kata kena tunggu sampai 250. Hari ketiga 256. Oh! Sikit lagi. Dan akhirnya hari keempat turun 231. Barulah saya boleh keluar. Lega rasanya. Dapat jumpa abang.
Selang beberapa hari selepas keluar hospital, saya pergi cek up lagi. Masih tinggi. Nurse suruh mama bawa saya ke Klinik Pakar di Hospital Muar. Doktor ambil darah dan air kencing saya. Saya menangis kuat-kuat. Sakitlah. Mama kata, abang saya panik semasa doktor ambil saya. Seminggu selepas itu dapat result doktor kata, darah merah saya pekat, sebab tu kuning saya susah turun. Doktor kata tak perlu risau.
Saya, papa, mama dan abang balik kl masa saya belum sebulan lagi. Tapi saya kena buat follow up di hospital ampang. Leceh betul. Abang tinggal rumah nenek. Siapa nenek? Nenek adalah penjaga abang dahulu. Nanti apabila mama sudah kerja, saya tinggal dengan nenek. Abang tinggal dengan papa. Tunggulah, apabila saya besar sikit nanti, saya pun mahu tinggal dengan papa.
Itu sahaja cerita saya setakat ini. Buat masa ini, saya sudah pandai angkat kepala. :)

Subscribe to:
Comments (Atom)