Muhammad Ali Affan bin Mohd. Yusrizal. Itu nama saya. Nama mama saya Rafiza Ab. Rahman. Nama Abang saya Muhammad Umar Afif. Saya lahir di Hospital Ampang. Disambut oleh doktor yang sama yang sambut abang saya, Dr. Jamil. Cuma tempat lahir kami berbeza. Abang saya di KL. Saya di Selangor.
Saya lahir awal kira-kira dua minggu. Masa kandungan mama 37 w +-5 d. Kenapa? Sebab Dr. Jamil nasihatkan mama lahirkan saya awal. Berat saya semasa lahir, 3.1 kg. Saya lahir pada 6/5 bersamaan hari Jumaat pukul 9.19 pagi. Saya keluar hospital hari Ahad. Sama macam abang dulu, kami terus balik rumah atok mak.
Hari kelima saya tengok dunia ini, baru mama bawa saya ke klinik kesihatan. Alamak! Nurse kata saya kena jaundice. Bacaan agak tinggi 18 bilirubin = 306. Nurse terus buat surat refer ke Hospital Muar. Bermulalah kisah saya di hospital. Saya kena tahan di NICU. Mama teman saya. Kasihan abang. Abang meraung masa saya dan mama nak masuk wad. Tapi nak buat macam mana, saya sakit. Mama kata, badan saya jelas nampak kuning. Papa dan mama saja yang boleh masuk wad tu. Jadi papa tak balik KL lagi. Papa duduk rumah atok mak dulu. Abang menangis masa hari pertama. (kata papa)
Esoknya bacaan saya turun. 272. Masih belum boleh keluar hospital lagi. Nurse kata kena tunggu sampai 250. Hari ketiga 256. Oh! Sikit lagi. Dan akhirnya hari keempat turun 231. Barulah saya boleh keluar. Lega rasanya. Dapat jumpa abang.
Selang beberapa hari selepas keluar hospital, saya pergi cek up lagi. Masih tinggi. Nurse suruh mama bawa saya ke Klinik Pakar di Hospital Muar. Doktor ambil darah dan air kencing saya. Saya menangis kuat-kuat. Sakitlah. Mama kata, abang saya panik semasa doktor ambil saya. Seminggu selepas itu dapat result doktor kata, darah merah saya pekat, sebab tu kuning saya susah turun. Doktor kata tak perlu risau.
Saya, papa, mama dan abang balik kl masa saya belum sebulan lagi. Tapi saya kena buat follow up di hospital ampang. Leceh betul. Abang tinggal rumah nenek. Siapa nenek? Nenek adalah penjaga abang dahulu. Nanti apabila mama sudah kerja, saya tinggal dengan nenek. Abang tinggal dengan papa. Tunggulah, apabila saya besar sikit nanti, saya pun mahu tinggal dengan papa.
Itu sahaja cerita saya setakat ini. Buat masa ini, saya sudah pandai angkat kepala. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment